Pengenalan: NICERS'18


Pusat Pengurusan Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersialan PTSB dengan kerjasama Jabatan-jabatan Akademik mengambil inisiatif menganjurkan pertandingan inovasi, pembentangan dan robot sumo, NICERS’18 ATAU “NATIONAL INVENTION & INNOVATION, CONFERENCE, EXHIBITION AND ROBOT-SUMO COMPETITION 2018” bagi memberi peluang dan ruang kepada warga politeknik khususnya dan warga institusi lain mengenengahkan kepakaran masing-masing mengikut kategori yang dipertandingkan.

Program ini diharapkan dapat memupuk semangat dan minat warga institusi pendidikan terhadap penghasilan inovasi yang kreatif dan inovatif di masa hadapan. Masyarakat mampu mengaplikasi ilmu yang dipelajari melalui hasil projek inovasi, penyelidikan dan sumo yang dihasilkan. Disamping itu ianya dapat meningkatkan jalinan kerjasama antara warga politeknik dan masyarakat luar. Seterusnya program ini dapat menyuntik semangat dan mejadi pemangkin kepada pelajar dan pensyarah agar terus berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Objektif NICERS'18

  • Pendedahan terhadap penghasilan produk yang berteknologi kreatif dan inovatif.
  • Pendedahan kepada perubahan teknologi terkini mampu meningkat minat terhadap inovasi dan penyelidikan. Kesannya mampu meningkat kemahiran.
  • Meningkatkan kerjasama di kalangan warga politeknik di dalam menganjurkan suatu program yang besar.
  • Memberi penghargaan kepada penghasilan produk yang berharga, kreatif dan inovatif.
  • Mengumpul idea baharu dan projek pelajar serta pensyarah dalam satu pertandingan yang turut melibatkan penyertaan institusi selain dari PTSB.
  • Mengumpul idea baharu dan projek pelajar serta pensyarah dalam satu pertandingan yang turut melibatkan penyertaan institusi selain dari PTSB.
  • Mengenalpasti projek terbaik PTSB yang mempunyai potensi untuk dilindungi hak cipta dan harta inteleknya serta yang mempunyai potensi untuk dikomersialkan.
  • Peserta menimba ilmu dari panel juri melalui sesi soal jawab terhadap produk yang dihasilkan. Sesi soal jawab memerlukan pengetahuan yang mendalam terhadap produk yang dihasilkan.
  • Disamping itu ia dapat mampu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam sesi soal jawab.
  • Mengembangkan idea dan menyemai minat dalam bidang penyelidikan, kajian dan projek yang bermanfaat.
  • Mendedahkan pelajar kepada proses penyelidikan mengikut standard yang ditetapkan.

Urusetia NICERS'18

Pn. Noor Liza Binti Ramli
(Pertandingan Inovasi)
No. HP: 012-8911002

Dr. Siti Zuraidah Binti Md Osman
(Pembentangan Kertas Penyelidikan)
No. HP: 019-4745358

En. Mahdzir Bin Jamia'An
(Pertandingan Robot Sumo)
No. HP: 019-7799314

Soalan Lazim (FAQ)

Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

Hubungi Kami

Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
    Bahiyah
    Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
    Kedah Darul Aman
Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033