Kategori & Syarat Pertandingan


 
 Bil. Kategori Yuran Penyertaan Bilangan Ahli
1.  Robot Sumo (Terbuka) RM50.00 4

2.

Pameran dan Pertandingan  Inovasi(Terbuka)

RM200.00
(Politeknik dan Kolej Komuniti)
RM100.00 (Sekolah & Kolej Vokasional)
(*Syarat umur peserta Sekolah & Kolej Vokasional tidak melebihi 18 tahun)
RM250.00 (Lain-Lain Institusi)

6

3.

Pembentangan Kertas Penyelidikan
RM200.00 (Staf)
RM100.00 (Pelajar)
RM30.00 (Peserta/Non-Presenter)
RM30.00 (Kertas Kajian Tambahan (Peserta))

6

Pertandingan Inovasi & Pameran

 
Kategori pameran inovasi:
1. Kategori Politeknik & Kolej Komuniti
2. Kategori lain-lain IPTA, IPTS dan lain-lain Institusi.
3. Kategori Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah
(*Syarat umur peserta Sekolah & Kolej Vokasional tidak melebihi 18 tahun)

Syarat-syarat penyertaan pertandingan inovasi terbuka dan pameran
1. Penyertaan adalah secara berkumpulan (6 orang termasuk       pengiring/penyelia/peserta/penasihat).
2. Kos setiap projek adalah tanggungan peserta.
3. Yuran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri dari pertandingan.
4. Urusetia tidak bertanggungjawab atas kehilangan, kecurian, kerosakan yang disebabkan oleh      kebakaran atau sebab lain sepanjang tempoh pameran atau sepanjang perjalanan.
5. Selepas pendaftaran penyertaan diluluskan, peserta tidak dibenarkan membuat sebarang      perubahan nama ahli kumpulan dan tajuk projek.
6. Keputusan para juri adalah muktamad.

  Penyertaan bagi kategori Pameran & Pertandingan Inovasi Terbuka dikelaskan seperti berikut :
  • Kelas A : Rekabentuk Alam Bina (Built Environment Designs)
  • Kelas B : Pembinaan & Bahan (Constructions & Materials)
  • Kelas C : Mesin, Peralatan & Proses Pengilangan (Machines, Equipment & Manufacturing        Process)
  • Kelas D : ICT & Multimedia (ICT & Multimedia)
  • Kelas E : Elektrik, Elektronik & Telekomunikasi (Electric, Electronic & Telecommunication)
  • Kelas F : Automatif, Pengangkutan & Rekabentuk Industri (Automative, Transportation &        Industrial Design)
  • Kelas G : Pertanian, Alam Sekitar & Tenaga Boleh Diperbaharui (Agriculture, Environmental       & Renewable Energy)
  • Kelas H : Makanan & Minuman (Food & Beverages)
  • Kelas I : Perkhidmatan & Pemasaran Produk (Service &Product Marketing)
  • Kelas J : Lain-lain (Action Research/Grant)

  • Poster Pertandingan


     
  • Saiz dan format poster adalah bebas (mengikut kreativiti)
  • Susunan mengikut kreativiti
  • Cetak berwarna
  • Perlu mempunyai perkara-perkara berikut:
          a) Objektif kajian
          b) Idea kajian
          c) Proses kajian
          d) Keistimewaan projek
          e) Impak projek terhadap masyarakat
          f) Kos kajian
          g) Dapatan kajian (dalam bentuk graf/ statistik)

  • Booth Pameran


     
    Kemudahan yang disediakan di tapak pameran:
  • 1 Papan Poster
  • 1 Meja
  • 2 Kerusi
  • 1 Plug Elektrik (Jika diperlukan)

  • Pertandingan Robot Sumo

     

    Syarat Umum

    1. 1 pasukan terdiri daripada 3 peserta dan 1 pengiring (pensyarah/guru)
    2. Setiap pasukan bebas menghantar seberapa banyak penyertaan
    3. Setiap kategori terhad kepada 40 penyertaan terawal
    4. Pertandingan adalah secara liga sepusingan
    5. Juara dan naib juara akan layak ke peringkat suku akhir, dan seterusnya separuh akhir hingga      perlawanan akhir

     

    Penentuan Pemenang

  • Perlawanan diadakan secara liga sepusingan

  •  

    A. Sumo Troodon

  • Kawalan RC
  • Berat tidak lebih 1 kg (termasuk bateri)
  • Dimensi robot : 15cm (panjang) x 15cm (lebar)
  • Jenis motor : standard dc tgp motor
  • Bahan casis : bebas
  • Bekalan kuasa : bateri tidak melebihi 9v

  •  

    B. Sumo T-rex

  • Kawalan RC
  • Berat tidak lebih 3 kg (termasuk bateri)
  • Dimensi robot : 20cm (panjang) x 20cm (lebar)
  • Jenis motor: bebas
  • Jenis pengawal : bebas (beberapa cadangan : Arduino Series, Raspberry PI, Beaglebone, PIC        Microcontroller, Rero, Lego Nxt , etc...)
  • Bahan casis : bebas
  • Bekalan kuasa : bebas

  •  

    C. Sumo Triceratops

  • Kawalan automatik sepenuhnya (fully autonomous)
  • Berat tidak lebih 3 kg (termasuk bateri)
  • Dimensi robot : 20cm (panjang) x 20cm (lebar)
  • Jenis motor: bebas
  • Jenis pengawal : bebas (beberapa cadangan : Arduino Series, Raspberry PI, Beaglebone, PIC        Microcontroller, Rero, Lego Nxt , etc...)
  • Bahan casis : bebas
  • Bekalan kuasa : bebas

  •  

    Muat Turun: Syarat Pertandingan Robot Sumo (PDF)

    Pembentangan Kertas Penyelidikan


     

    Pengenalan

    Inovasi Persidangan dan Robot Sumo Peringkat Kebangsaan 2018 (NICERS'18) akan diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2018 di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah. Persidangan pembentangan kertas penyelidikan akan diadakan pada 9 hingga 10 Julai 2018. Tujuan pembentangan kertas kertas penyelidikan NICERS'18 adalah untuk menyediakan platform untuk ahli akademik, penyelidik, siswazah dan pelajar dari Malaysia dan seluruh dunia untuk membentangkan kertas penyelidikan dan rekabentuk pembangunan dalam bidang penyelidikan masing-masing. Persidangan ini memberi peluang kepada pembentang dan peserta untuk berkongsi dan bertukar idea dan pengalaman baru, untuk mewujudkan rangkaian dan mencari rakan penyelidikan di peringkat global untuk kerjasama pada masa hadapan.

  • Penyertaan akan dibuka kepada semua warga dari politeknik dan kolej komuniti, sekolah serta IPTA dan IPTS
  • Yuran penyertaan yang akan dikenakan adalah sebanyak RM200.00 bagi setiap kertas penyelidikan.
  • Sijil pembentangan hanya akan diberikan kepada setiap pembentang yang hadir.
  • Sijil anugerah kertas penyelidikan terbaik akan diberikan.
  • Kesemua kertas penyelidikan yang dihantar akan diterbitkan dalam proceeding NICERS 2018. Penulis perlu memaklumkan kepada urusetia selewat-lewatnya pada 11/7/2018 sekiranya ingin menerbitkan kertas penyelidikan dengan pihak penerbitan yang lain.
  • Sub Tema Kertas Kajian (Medium : Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris)

  • Seni dan Kemasyarakatan
  • Pendidikan
  • Kejuruteraan
  • Sains Sosial
  • Inovasi dan Kreativiti
  • Pembangunan Professional
  • E-Pembelajaran / Pembelajaran Teradun / Pembelajaran Terbalik / MOOC
  • Kaedah Pengajaran
  • Rekabentuk dan Pembangunan Instruktional
  • Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
  • Isu dan kepentingan lain yang berkaitan dengan penyelidikan dalam pendidikan, inovasi dan        kreativiti


  • Jenis Kertas Penyelidikan

    1) Laporan Penuh Data Penyelidikan

    Merupakan kertas penyelidikan laporan lengkap data dari penyelidikan. Ia boleh dipanggil Artikel Asal, Artikel Penyelidikan, Penyelidikan, atau Artikel, bergantung kepada jurnal yang diterbitkan. Format Penyelidikan Asal sesuai untuk pelbagai bidang dan jenis kajian. Kandungan kertas penyelidikan termasuk bahagian Pengenalan, Kaedah, Hasil, dan Perbincangan/Kesimpulan penuh.

    2) Ulasan Artikel

    Ulasan Artikel menyediakan ringkasan penyelidikan yang menyeluruh mengenai topik tertentu, dan perspektif mengenai kajian lapangan dan cadangan penyelidikan akan datang. Penulisan ulasan artikel perlu dibaca secara meluas (contohnya, oleh para penyelidik yang mencari pengenalan terhadap bidang kajian yang hendak dikaji) dan perlu setiap artikel yang dibaca perlu kepada petikan artikel yang tinggi. Ulasan biasanya menyatakan 100 artikel penyelidikan utama yang telah dibaca.

    3) Kajian Kes

    Artikel-artikel ini melaporkan kejadian spesifik fenomena yang menarik untuk dikaji. Matlamat Kajian Kes adalah untuk membuat penyelidik lain menyedari kemungkinan fenomena tertentu mungkin berlaku dalam fenomena biasa. Jenis kajian ini sering digunakan dalam bidang pendidikan dalam penggunaan kaedah atau persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang baharu.

    4) Kaedah Penyelidikan (Rekabentuk dan Pembangunan Produk)

    Penulisan kertas penyelidikan ini membentangkan kaedah percubaan baharu, ujian atau prosedur rekabentu dan pembangunan produk. Kaedah yang diterangkan mungkin sama sekali baharu, atau mungkin menawarkan versi penambahbaikan daripada kaedah/rekabentuk dan pembangunan produk sedia ada. Penulisan pendahuluan harus menggambarkan mengenai produk apa yang ada sekarang.

    5) Kertas Cadangan Penyelidikan

    Penulisan kertas cadangan boleh merangkumi permohonan geran PPRN, FRGS dan lain-lain. Selain daripada itu kertas cadangan permohonan biasiswa HLP atau lain-lain biasiswa juga boleh dibentangkan.

    Format penulisan abstrak dan kertas penyelidikan penuh boleh di dapati dalam bahagian muat turun.

    Urusetia NICERS'18

    Pn. Noor Liza Binti Ramli
    (Pertandingan Inovasi)
    No. HP: 012-8911002

    Dr. Siti Zuraidah Binti Md Osman
    (Pembentangan Kertas Penyelidikan)
    No. HP: 019-4745358

    En. Mahdzir Bin Jamia'An
    (Pertandingan Robot Sumo)
    No. HP: 019-7799314

    Soalan Lazim (FAQ)

    Capaian pantas kepada maklumat umum seperti berikut:

    Hubungi Kami

    Sebarang masalah, sila hubungi kami melalui saluran yang berikut:

    Alamat: Politeknik Tuanku Sultanah
        Bahiyah
        Kulim Hi-Tech Park, 09000, Kulim
        Kedah Darul Aman
    Tel/Faks: 04-4033333 | 04-4033033